[]Nabi Isa as
Nabi Isa as putra Maryam binti Imron. Seorang
lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur'an ialah
Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang
diturunkan sebelum al-Qur'an.
Di dalam al-Qur'an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa putera Mariam, putera Mariam, dan al-Masih.
Ibunya
seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia memilihnya di atas semua
perempuan di semua alam.
Firman-Nya, "Dan ketika malaikat-malaikat
berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan
Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam'" (3:42).
Mariam,
ibu Nabi Isa, telah menempuh satu ujian yang amat berat daripada
Allah. Dia dipilih untuk melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh
oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang perempuan yang suci.
Kelahiran
Kelahiran
Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa.
Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur'an. Di sini, ceritanya bermula
dari kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah Allah. Ketika itu,
malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan malaikat
membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,
"Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!'
Dia
(malaikat) berkata, 'Aku hanyalah seorang ruh yang datang daripada
Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'"
(19:18-19)
Pada
ayat yang lain, diceritakan bahawa malaikat yang datang itu telah
memberi nama kepada putera yang bakal dilahirkan. Nama itu diberi oleh
Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di dunia dan akhirat sambil
berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi:
"Wahai
Mariam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata
daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di
dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan." (3:45)
Kemudian Mariam bertanya,
"Bagaimanakah
aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun
menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?" (19:20)
Malaikat menjawab,
"Dia
(Allah) berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah
bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia,
dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah
ditentukan'" (19:21).
Maka
lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi
Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan ibunya satu ayat
(tanda) bagi manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan kebesaran-Nya (QS Al-Mu'minuun:50).
Allah
juga menyatakan bahawa NABI ISA ( YESUS ) adalah seperti ADAM, walaupun Adam
diwujudkan tanpa ibu dan bapa. KESAMAAN MEREKA BERDUA adalah pada CIPTAAN. KEDUA-DUANYA DICIPTAKAN DARI TANAH (QS Al-Imron:59). Itu menunjukkan MEREKA ADALAH MANUSIA BIASA, kerana manusia dicipta daripada tanah.
~Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti
(penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah
berfirman kepadanya "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia. (Ali Imran: 59)
~Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu
Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan
anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam (Al Anbiyaa': 21)
"Ketika setiap manusia lahir. Setan menyentuh seorang bayi di kedua
sisi tubuh dengan dua jarinya, kecuali Isa a.s., putera Maryam, Setan
mencoba menyentuhnya tapi gagal, karena dia hanya menyentuh plasentanya
saja."
Kerasulan dan Kenabian
Isa
adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa orang
rasul telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia
berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan darjat, dan bagi Isa,
Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta mengukuhkannya dengan Roh
Suci. Firman-Nya:
"Dan
rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang
lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian
Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti
yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci)." (2:253)
Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk membeda-bedakan antara para rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi,
"Katakanlah,
'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan
apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub,
dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang
diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak
membeda-bedakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami
muslim.'" (2:136)
Akibat
membeda-bedakan Nabi atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, iaitu
Nabi Isa dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai TUHAN atau ANAK TUHAN, dan Nabi Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang berhak membuat
hukum agama.